TUGAS GURU PENASIHAT KELAB/PERSATUAN
1. Mengatur dan menyelia perjalanan persatuan/kelab/pasukan badan beruniform. 2. Menyediakan jadual waktu untuk perjumpaan dan mesyuarat. 3. Menyelaras semua aktiviti kokurikulum. 4. Menyediakan borang kebenaran ibu bapa/penjaga untuk pelajar menyertai persatuan/kelab/pasukan badan beruniform. 5. Menentukan aktiviti, surat-menyurat dan minit mesyuarat difailkan dengan baik. 6. Memastikan mesyuarat agung dan pemilihan AJK diadakan setiap tahun pada tarikh yang ditetapkan. 7. Menguruskan Buku/Kad Kokurikulum 7.1. mengagihkan kad kokurikulum kepada guru untuk diedarkan setiap tahun pada tarikh yang ditetapkan. 7.2. Mengumpulkan semula daripada guru tingkatan pada akhir tahun untuk simpanan dan rekod bilik kokurikulum. 8. Menyediakan borang/buku yang diperlukan untuk aktiviti: 8.1. Borang penyertaan persatuan 8.2. Borang senarai AJK dan ahli 8.3. Buku laporan aktiviti 9. Mengumpulkan rancangan tahunan dan buku aktiviti untuk edaran, rujukan dan rekod. 10. Membuat laporan tahunan keseluruhan tentang aktiviti dan pencapaian kokurikulum sekolah. |